Wydad-Angouleme

Jauh berjalan, luas pemandangan, bertambah ilmu pengetahuan

Archive for January, 2009

Adab-adab Makan

Memandangkan kita makan hampir 3 kali sehari,di sini terdapat beberapa garis panduan yang dapat diamalkan untuk kesejahteraan bersama.

  • Makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang
  • Seeloknya,makan dengan menggunakan tangan kerana terdapat enzim yang membantu sistem penghadaman di tangan (jangan lupa jilat jari selepas makan->sunnah Nabi)
  • Makan makanan yang segar
  • Pastikan meja makan dan dapur bersih sebelum dan selepas makan.
  • Mulakan waktu makan dengan buah-buahan untuk melancarkan sistem penghadaman (sunnah Nabi)
  • Makan dengan menggunakan 3 jari (sunnah Nabi)
  • Berehat sebentar selepas makan
  • Baca doa makan @ bismillah sebelum makan (jangan lupa!)

Yang paling penting,makan makanan yang halal untuk kesejahteraan yang berterusan.

Surah An-Naba’

Terjemahan ayat 21-30

[21]Sesungguhnya neraka Jahannam adalah disediakan -
[22]Untuk orang-orang yang melampaui batas hukum Tuhan, sebagai tempat kembalinya.
[23]Mereka tinggal di dalamnya berkurun-kurun lamanya.
[24]Mereka tidak dapat merasai udara yang sejuk di dalamnya, dan tidak pula sebarang minuman -
[25]Kecuali air panas yang menggelegak, dan air danur yang mengalir, -
[26]Sebagai balasan yang sesuai (dengan amal mereka yang buruk).
[27]Kerana sesungguhnya mereka dahulu tidak menaruh ingatan terhadap hari hitungan amal,
[28]Dan mereka telah mendustakan dengan sesungguh-sungguhnya akan ayat-ayat keterangan Kami;
[29]Dan tiap-tiap sesuatu dari bawaan hidupnya, telah Kami hitung secara bertulis.
[30](Setelah mereka masuk ke dalam neraka, dikatakan kepada mereka: “Oleh sebab kamu telah mendustakan ayat-ayat Kami) maka rasalah kamu (azab yang disediakan), kerana Kami tidak akan melakukan selain dari menambah berbagai azab kepada kamu”.

Kesimpulan : Ayat-ayat di atas menerangkan tentang azab yang bakal diturunkan kepada mereka yang semasa hidupnya tidak melaksanakan perintah Allah S.W.T.Marilah kita bersama-sama meninggalkan amalan yang tidak diredhai-Nya untuk mengelakkan daripada diazab di akhirat kelak.

Surah An-Naba’

Ayat 11-20

[11]
Dan Kami telah menjadikan siang (dengan cahaya terangnya) – masa untuk mencari rezeki?
[12]
Dan Kami telah membina di atas kamu tujuh petala (langit) yang kuat kukuh?
[13]
Dan Kami telah mengadakan matahari menjadi lampu yang terang-benderang cahayanya?
[14]
Dan Kami telah menurunkan dari awan, air (hujan) yang mencurah-curah,
[15]
Untuk Kami mengeluarkan dengan air itu, biji-bijian dan tumbuh-tumbuhan,
[16]
Serta kebun-kebun yang subur bertaut-taut pokoknya?
[17]
Sesungguhnya hari pemutusan hukum itu, adalah satu masa yang ditentukan,
[18]
Iaitu masa ditiup sangkakala, lalu kamu (bangkit hidup) serta datang berpuak-puak (ke Padang Mahsyar);
[19]
Dan (pada masa itu) langit dipecah-belahkan sehingga tiap-tiap belahannya menjadi ibarat pintu yang terbuka luas,
[20]
Dan gunung-ganang – setelah dihancurkan – diterbangkan ke angkasa, lalu menjadilah ia bayangan semata-mata seperti riak sinaran panas di padang pasir.

Kesimpulan : Ayat-ayat di atas menerangkan tentang kekuasaan Allah S.W.T serta rezeki-rezeki yang diturunkan-Nya ke atas kita.Peristiwa hari akhirat turut digambarkan melalui ayat-ayat di atas.

Manifestation di Angouleme

Sekitar manifestation untuk Palestin yang diadakan di Angouleme,France pada 10 Januari 2009.

Manifestation

Manifestation

Manifestation

Manifestation

Manifestation

Manifestation

Surah An-Naba’

Ayat 1-11

[1] Tentang apakah mereka bertanya-tanya?

[2] Tentang berita yang besar, (berita kebangkitan manusia hidup semula menerima balasannya).

[3] Yang mereka (ragu-ragu dan) berselisihan mengenainya.

[4] Jangan! (Janganlah mereka bersikap demikian!) Mereka akan mengetahui (dengan yakin tentang kebenaran hari balasan itu).

[5] Sekali lagi jangan! (Janganlah mereka berselisihan!) Mereka akan mengetahui kelak (tentang apa yang akan menimpa mereka).

[6] (Mengapa kamu ragu-ragukan kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang telah mati?) Bukankah Kami telah menjadikan bumi (terbentang luas) sebagai hamparan?

[7] Dan gunung-ganang sebagai pancang pasaknya?

[8] Dan Kami telah menciptakan kamu berpasang-pasang?

[9] Dan Kami telah menjadikan tidur kamu untuk berehat?

[10] Dan Kami telah menjadikan malam (dengan gelapnya) sebagai pakaian (yang melindungi)?

[11] Dan Kami telah menjadikan siang (dengan cahaya terangnya) – masa untuk mencari rezeki?

Kesimpulan : Kita hendaklah percaya pada kewujudan hari akhirat (seperti dalam Rukun Iman) dan janganlah menunggu sehingga pinta taubat tertutup untuk memohon keampunan-Nya.

Hadis 2

Daripada Saiyidina ‘Umar juga, r.a. beliau berkata:

Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami
seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak ternampak
pada dirinya kesan-kesan tanda musafir dan tidak seorangpun di kalangan kami yang mengenalinya.
Lalu dia duduk menghampiri Nabi SAW lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda dan
meletakkan dua tapak tangannya atas dua paha Baginda seraya berkata: Wahai Muhammad! Terangkan
kepadaku tentang lslam. Lalu Rasulullah SAW bersabda: lslam itu bahawa engkau naik saksi bahawa
tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, (dan bahawa) engkau
mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke
BaitulLah (Mekah) sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya. Lelaki tersebut berkata: Benarlah
engkau. Maka kamipun merasa hairan kepadanya, dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya.
Dia bertanya: Terangkan kepadaku tentang lman. Baginda bersabda: (lman itu ialah) bahawa engkau
percaya kepada Allah, para MalaikatNya, kitab-kitabNya, para RasulNya, hari Qiamat dan bahawa
engkau percaya kepada Qadar baik dan buruk. Lelaki itu berkata: Benarlah engkau. Dia berkata lagi:
Terangkanlah kepadaku tentang Ehsan. Baginda bersabda: Ehsan itu ialah bahawa engkau menyembah
Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya
Dia melihatmu. Lelaki itu bertanya lagi: Terangkan kepadaku tentang Qiamat. Baginda bersabda:
Orang yang ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya. Lelaki itu
berkata: Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya. Baginda bersabda: (Antara tandatandanya
ialah) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat
orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi
pengembala kamibng berlumba-lumba memibna bangunan (iaitu bertukar menjadi kaya raya).
Kemudian lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar. Kemudian Baginda bertanya: Wahai ‘Umar!
Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu? Aku berkata: Allah dan RasulNya lebih
mengetahui. Baginda bersabda: Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu
untuk mengajar kamu tentang agama kamu.

Hadis riwayat al-lmam Muslim (Hadis riwayat Muslim, kitab al-iman, no: 9 dan 10, al-Tirmizi, kitab al-iman, no:
2535, beliau berkata: hadis ini hasan shahih, al-Nasaa’ie, kitab al-iman, no: 4904, 4905, Abu Dawud, kitab al-sunnah,
no:4075, Ibn Majah, kitab al-muqaddimah, no: 62 dan 63, Ahmad, musnad العشرة المبشرین , no: 346).

Tu-te rappelles?

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.