Wydad-Angouleme
Jauh berjalan, luas pemandangan, bertambah ilmu pengetahuanArchive for April, 2009
SURAH TIGA QUL
AL IKHLAS
surah ini menegaskan keesaan dan kekuasaan Allah S.W.T, tuhan sekalian alam
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Seorang Arab Yahudi bernama Labid ibn Asim yang merupakan antara munafiq telah mengenakan Ilmu Hitam (sihir) kepada Nabi Muhammad s.a.w.. Dia telah mengambil rambut baginda dan membuat sebelas ikatan (simpulan) dan meletakkanya di bawah batu berhampiran telaga bernama Zarwan. Akibatnya, Nabi Muhammad s.a.w. telah mengalami kekeliruan dan was-was tentang perkara yang telah dilakukan dan belum dilakukan baginda (walaupun ia tidak mempengaruhi ajaran dan sifat kenabian baginda). Maka, malaikat Jibrail turun menghadap baginda dan memberitahu perkara yang sebenar dan menyampaikan dua surah iaitu Surah al-Falaq dan Surah An-Nas. Baginda bersama para sahabat baginda pergi ke telaga tersebut dan mengalihkan simpulan rambut tersebut. Ketika setiap kali surah dibaca, simpulan itu terurai dengan sendirinya dan ketika simpulan yang kesebelas terurai, baginda telah bebas dari pengaruh ilmu hitam tersebut. (Rujukan: Tafsir Ibn Kathir & Ma’arif al-Qur’an)
Menurut Abdullah Yusuf Ali, pada waktu zaman kenabian Nabi Muhammad s.a.w., terdapat seorang bomoh perempuan yang mengenakan sihir hitam ke atas musuhnya menggunakan sihir pada simpulan. Dengan itu, Allah menurunkan surah ini sebagai perlindungan daripada sihir tersebut.
RUKUN SOLAT
- 1. BERDIRI BETUL, jika tidak mampu boleh dengan duduk jika tidak mampu juga boleh sembahyang dalam keadaan berbaring.
- 2. NIAT, dilafazkan sewaktu mengangkat takbiratul ihram.
- 3. TAKBIRATUL IHRAM, mengucapkan perkataan Allahu Akbar.
- 4. MEMBACA SURAH AL-FATIHAH, bermula dengan bacaan Bismillah… hinggalah Waladhaallin.
- 5. RUKUK DENGAN THUMAKNINAH, membongkok 90 darjah.
- 6. IKTIDAL DENGAN THUMAKNKNAH, berdiri betul selapas rukuk.
- 7. SUJUD DUA KALI DENGAN THUMAKNINAH, membongkok sehingga dahi berada diparas lantai.
- 8. DUDUK ANTARA DUA SUJUD DENGAN THUMAKNINAH, duduk sebentar selepas sujud yang pertama.
- 9. DUDUK BAGI TAHAIYAT AKHIR.
- 10. MEMBACA TAHAIYAT AKHIR.
- 11. MEMBACA SELAWAT, membaca selawat keatas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.
- 12. MEMBERI SALAM, memalingkan muka kearah kanan dan memberi salam dan diikuti pula sebelah kiri juga dengan salam.
- 13. TERTIB, mengikut aturan, turutan atau urutan seperti yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan. Perkara lain yang dilakukan dalam sembahyang dari rukun ini dinamakan sunat.
HADIS SAHIH 40
Secara ringkasnya..
-mengadungi 42 hadis kesemuanya
-dibukukan pada zaman pemerintahan Umaiyyah, oleh Imam Nawawi
-pada zaman tersebut, banyak perkara karut dan bida’ah berlaku dalam kalangan umat islam.
-Khalifah Umar bin Abdl Aziz telah memerintahkan gabenornya supaya memerhatikan dan menkaji hadis nabi agar tidak kehilangan ilmu dan ulama’ (berikutan peperangan)
-dan voila, sejarah ringkas hadis 40. Namun, tahukah kamu apakah kandungan hadis 40 tersebut? ? Ahha…!!